Jumat, 11 Maret 2011

Mengobati Penyakit dengan Madu

Petua tradisional Madu Lebah Tayyibah ini adalah sebagai panduan dan amalan yang telah di amalkan sejak turun-temurun lagi. Di harapkan petua-petua madu yang sering diamalkan ini masih boleh digunapakai pada zaman moden ini
ANTIBIOTIK
Petua 1:
1 sudu besar Madu Lebah + 1 sudu kecil jintan hitam
Madu dicampurkan bersama-sama jintan hitam dan diminum 3 kali sehari
BATUK
Petua 1:
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar Madu Lebah.
Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari.
Petua 2:
1 biji limau nipis + 1 sudu besar Madu Lebah.
Limau nipis diperah dalam air madu lebah. Minum 3 kali sehari
BIBIR PECAH
Petua 1:
1 sudu Madu Lebah
Sapu madu di tempat bibir yang pecah
BENGKAK/BENJOL
Petua 1:
1 sudu besar Madu Lebah + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung
Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak
CERDAS
Petua 1:
2 sudu besar Madu Lebah + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk).
Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.
CERGAS
Petua 1:
Minum 1~2 sudu besar Madu Lebah 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.
DARAH TINGGI
Petua 1:
1 sudu besar Madu Lebah di minum secara terus menerus 3 kali sehari.
DARAH KURANG (Anemia)
Petua 1:
Makan 3 sudu besar Madu Lebah 3 kali sehari.
KUDIS
Petua 1:
7 biji bawang merah + 2 sudu besar Madu Lebah, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.
LUKA
Petua 1:
Sapukan pada luka. Gunakan Madu Lebah dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1~2 minggu.
Keratan akhbar berkenaan khasiat madu lebah dapat menyembuhkan luka:
SAKIT JANTUNG
Petua 1:
6 sudu besar Madu Lebah + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.
SAKIT PINGGANG
Petua 1:
1 biji telur itik + 4 sudu besar Madu Lebah, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).
SAKIT PERUT (memulas)
Petua 1:
Minum 1~2 sudu besar Madu Lebah 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam
SESAK NAFAS
Petua 1:
3 sudu besar Madu Lebah + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.
SUSAH TIDUR
Petua 1:
2 sudu besar Madu Lebah + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut
SEMBELIT (susah buang air besar)
Petua 1:
2 sudu besar Madu Lebah + segelas susu di minum setiap 4 jam.
SERAK (Hilang Suara)
Petua 1:
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu besar Madu Lebah lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.
SELERA MAKAN
Petua 1:
Makan Minum 1~3 sudu besar Madu Lebah 3 kali sehari.

1 komentar: